Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi membaca…

Pertama-tama sekali akak nak mohon maaf andai tulisan-tulisan akak selepas ini ada yang mengguris atau menyebabkan rakan-rakan terasa hati. Semua yang akak tulis di sini adalah untuk koleksi peribadi dan peringatan akak sendiri.

Akak sebenarnya tak pandai nak menulis secara teratur.. disamping masa yang akak menyesakkan… tapi teringin juga bila tengok orang lain menulis.. akhirnya diberi peluang untuk cuba-cuba… Doakan akak istiqamah ya… sekurang-kurangnya 3 posting sebulan…

Rasanya tak lengkap jika tulisan akak dibaca tanpa kenal penulisnya kan.. jadi akak ambil kesempatan untuk perkenalkan diri… Akak anak kelahiran Johor jati yang dibesarkan di Johor.. tapi bila dah besar akak suka nak merantau… maka pergilah berdikit-dikit ke negeri-negeri lain.. kalau akak ada kesempatan pasti akak ceritakan dengan lebih terperinci…

Gambar bawah ni lah gambar akak… jangan terkejut pulak… sebab akak ni memang “comel” sangat…

This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_9488-1-1024x965.jpg

Akak mula jatuh hati untuk jadi cikgu ketika jadi guru sandaran di SMK Permas Jaya 2… walhal guru merupakan profesion pilihan terakhir ketika zaman belajar… betul lah kata-kata seorang teman.. “tak kenal maka tak cinta, dah kenal tergila-gila”…

Kenapa akak tak mahu jadi cikgu? sebab akak kenal diri akak yang garang, kurang sabar, sentiasa nak cepat.. rupanya sebab sifat-sifat itulah Allah beri akak mengajar Pendidikan Khas.. bila bersama-sama anak-anak ini baru lah akak kenal erti bersabar… tapi garang tetap ada…

Cukuplah dulu ya akak bercerita tentang diri akak.. nanti penat pulak orang baca…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *