Hari ni akak masak menu klasik sikit… menggamit memori…

Pagi-pagi akak sarapan lempeng putas… ni antara kegemaran akak dan mak akak suka buat… kami makan lempeng ni dengan marjerin je… sebab dia manis-manis sikit… kalau bahasa omputihnya benda alah ni namanya ‘pancake’ sebenarnya…

Menu makan tengah hari ni agak rare dan special.. kenapa? sebab ramai orang tak tahu apa bendanya tu… namanya MANDAI… ha apa benda pulak lah mandai tu? Ini makanan tradisional masyarakat Banjar… Mandai diperbuat dari jerami cempedak yang dijerukkan… Allahu rasanya sedap… nak-nak kalau makan dengan nasi panas…

Sarapan pagi dan makan tengah hari… ni je yang mampu nak di masak dan di makan bila duduk sorang2.. #cikgubellastory @ Bandar Saujana Putra

Posted by ctbellacassidy on Isnin, 30 Mac 2020

Kalau ada yang nak tau macam mana nak buat mandai ni boleh lah klik di sini yer… MANDAI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *