Ehhhhh kenapa ko arini? Hahaha nak buat cekodok terjadi kek pisang derhaka… hahaha tgk2 ada coklat daim dlm peti sejuk… apa lagi jadilah hiasan kat atas tu… 1 jam setengah sblm g keje baru kacau… hahaha nasib siap… ni semua hampa punya pasai…

Kenapa akak kata derhaka? Sebab telur nya sejuk keluar dari peti ais… lepas tu sepatutnya gula dipukul dengan telur, tapi akak dah letak gula dengan pisang beberapa hari sebelumnya… pisang tu pun sejuk keluar dari peti ais… Tepung gandum pun akak guna yg baru keluar dari peti sejuk… ha nampak tak… banyak faktor menderhaka kat situ… tapi alhamdulillah… jadi juga and just nice… tak manis… tapi ada coklat yg menyeimbangkan rasa…

Ada yang nak resepi kek pisang derhaka tu? ok kat sini akak share resepi yang akak ambil dari resepichenom.com. Terima kasih yer…

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji pisang yang telak dilenyek
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

  1. Alaskan acuan kek dengan kertas minyak, dan panaskan oven sehingga suhu 180 darjah
  2. Satukan tepung gandum, soda bikarbonat,garam dan baking powder. Ayak dalam satu bekas.
  3. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 atau sehingga 50 minit.
  4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Ehhhhh kenapa ko arini? Hahaha nak buat cekodok terjadi kek pisang derhaka… hahaha tgk2 ada coklat daim dlm peti…

Posted by Ct Bella Cassidy on Isnin, 6 April 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *