Ha kuih apa tu? Kemplang… atau pun getas-getas… sedap ya ampun… Macam mana nak buat? Senang je… nah akak bagi resepi mak akak… ni untuk adunan sebanyak yang akak buat tu je tau… hehehe…

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan kelapa parut
Secubit garam

Bahan untuk menyira:

4 sudu besar gula
1 sudu kecil air

Cara-caranya:

Gaulkan semua, letakkan sedikit air menggelegak dlm suku cawan.. lps tu masukkan air biasa dan uli hingga boleh dibentuk. Bentukkan macam kat bawah tu ya… Kemudian, goreng dengan api yang perlahan. Bila dah kekuningan angkat.

Untuk menyira, masak gula dan air di dalam kuali, apabila menggelegak masukkan kuih yang telah digoreng. Kuih siap untuk dihidang… makan dengan kopi o kosong… perghhh sedapnya… kalau org jawa kata pwenakkk mennnn…

Siapa kenal? #cikgubellastory#kuihjawa

Posted by Ct Bella Cassidy on Sabtu, 18 April 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *