Maaflah kalau akak lama tak menulis… memang bukan jenis yang mudah nak menulis… tapi hari ni rasa rindu pulak nak menulis dan meluah…

Diam tak diam dah sebulan kita kena duduk di rumah kerana COVID19… Ya Allah lama rupanya… selalunya nak duduk rumah seminggu penuh pun susah… ini 24/7 kita memang kena duduk rumah…

Apa pun banyak hikmah sebenarnya… masa ni lah semua orang mula meneroka dunia pembelajaran maya… masa ni lah semua guru-guru nak upgrade ilmu… nak tambah pengetahuan… Alhamdulillah sekurang-kurangnya ramai yang mula buka mata dan minda kan…

Akak secara langsung terlibat dengan semua sesi pembelajaran maya ni dari mula PKP hari tu… bersama-sama keluarga Digital Classroom… macam-macam inisiatif kami buat… PKP 1.0 kami fokus dengan tagline #fromteachertoteacher.. Dari guru untuk guru… bila masuk PKP 2.0 kami dah mula berubah hala dengan tambahan tagline #fromteachertostudents… lepas ni PKP 3.0… agak-agak apa pula perancangan kami kan… tak pe.. nanti kan ya…

Nak tau apa pengisiannya? Klik je gambar-gambar kat bawah ni… lepas tu jangan lupa subsribe channel akak juga yer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *