Assalamualaikum dan salam sayang…

Di kesempatan ini akak nak mohon ampun dan maaf andai ada terlanjur kata, tersilap bicara yang mengguris hati semua… almaklumlah akak ni mmg agak laser sikit lidahnya… tapi tak simpan dalam hati….

Seterusnya mohon halalkan makan dan minum ya dari semua yang pernah kenal akak di alam realiti… manalah tahu kalau-kalau usia tak panjang… kita ni menumpang je kat dunia ni kan…

Ramadhan kali ini akak sambut sorang-sorang selagi PKP tidak berakhir… Moga akak terus diberi kekuatan dan kesempatan untuk menambah sedikit amal buat bekalan di sana nanti…

Apa-apa pun… ingat pesanan ayah PM kita… jangan ke sana ke sini tanpa tujuan. #stayhomestaysafe #kitajagakita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *