Semenjak Akademi YouTuber dilancarkan, semua orang sibuk membina trailer dan mencari subscriber untuk channel masing-masing.

Akak pun salah seorang yang tersenarai dalam Akademi YouTuber atau nama manjanya AYU. Akak dah buat satu trailer yang lebih kepada perasan sendiri. perasan comel. Tapi, akak peduli apa? Siapa lagi nak kata kita comel kan…

Oh ya sebelum akak terlupa, untuk yang nak subscribe channel akak bolehlah cari channel CIKGU BELLA ya. Tapi kalau nak pastikan yang anda dah betul-betul subscribe, sila tonton mana-mana video sekurang-kurangnya 3 minit. Kalau kita tak tonton video dalam durasi 3 minit, subscribe kita akan terbatal. Kesian kawan-kawan yang kita dah subscribe tu…

Akibat trailer yang akak buat tu, ramai yang bertanya macam mana boleh jadi awesome sangat? Maka akak rasa terpanggil untuk berkongsi tips membina trailer yang awesome dalam 5 langkah mudah.

Langkah-langkah membina trailer:

  1. Buka aplikasi flixpress.com
  2. Daftar dengan menggunakan email google peribadi anda.
  3. Pilih trailer yang anda minati.
  4. Masukkan gambar atau perkataan yang anda kehendaki.
  5. Submit order.

Mudah sangat rupanya. Tapi kalau anda semua nak tau lebih lanjut dan nak belajar satu persatu, bolehlah tonton video di bawah ya… ha jangan lupa pula tonton sampai habis dan subscribe channel akak ni ya… terima kasih daun keladi, lain kali tontonlah lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *