Allahuakbar.. lamanya akak tak menulis kat blog ni kan… masa tak mengizinkan ditambah dengan sikap sendiri yang kurang rajin… bukan malas ya.. cuma kurang rajin..

Kali ni akak nak cerita tentang isu terjebak… ehhh terjebak apa pulak tu kan… terjebak kali ini terjebak yang positif dan bagus…

Terjebak dengan “Young Living Essential Oil”

Rasanya YLEO ni adalah satu produk yang tidak asing lagi bagi semua… siap ada yang bagi nama minyak kayangan… ha nama pun bukan calang-calang tau… kenapa kayangan?

Kayangan ni kan konon-kononnya untuk orang kaya-kaya… ha katanya minyak ni mahal… sebab tu lah digelar minyak kayangan…

Nak dijadikan cerita, akak dah lama kenal minyak ni… ramai kawan-kawan guna macam Haneem dan Sukriah… mereka ni dah cerita macam-macam kat akak… terutama Sukriah… maklumlah satu sekolah dan memang satu geng pulak tu kan… semua minyak dia akak dah cium tau… yang sedap baunya, yang busuk pun dah… ilmu tentang minyak pun dah macam-macam akak dengar.. tapi hati tu degil… ehhh bukan degil… cum belum terbuka hati untuk memiliki… hahaha

Di pendekkan cerita, akak dan geng pergi ke Langkawi ramai-ramai… sebelum masuk ke pulau, kami singgah rumah #CikguJuaraDigital Julie Mozianda Ahamat.. dia pun bagi kami ni rasa teh o yang dititikkan dengan peppermint.. lepas tu borak-borak dan dia kata adiknya memang jual YLEO ni.. masa tu akak dan #adiwiraPAK21 Halizah Ahmad terus terpikat..

Betul lah apa orang kata, rezeki itu dah Allah tentukan.. akak pun terus mendaftar dan menunggu lah set Premium Starter Kit untuk diambil dari Sabrina.. penuh kesabaran tapi teruja tak payah cakap lah…

Keterujaan bersama Premium Starter Kit

Hari yang ditunggu pun tiba.. (macam nak terima menantu pulak debarnya) akak pergi ke rumah Sabrina untuk ambil PSK akak… sampai kat rumah dia, apalagi… berjam-jamlah akak bertapa sebab dengar penerangan F2F tentang setiap satu YLEO yang ada dalam PSK.. masa tu tak terasa nak buat bisnes lagi tau…

Tapi akak akan ingat sampai bila-bila sebab Sab buat “Unboxing PSK EO101” tu secara eksklusif dengan akak sorang je.. dia bagi akak test dan bezakan 4 jenis minyak yang ada ke mana dia pergi dalam badan kita.

Apa 4 jenis minyak tu?

  1. Peppermint
  2. Eucalyptus Globulus
  3. Eucalyptus Radiata
  4. Eucalyptus Blue

Rupanya Allah ciptakan setiap tumbuhan dengan fungsi yang sangat istimewa. Setiap satu jenis EO itu tahu untuk ke mana dalam tubuh kita.. Kagumnya akak masa tu..

Kekaguman itu ditambah lagi dengan cerita-cerita bagaimana setiap EO itu terhasil, tercipta dan sebagainya. Masa tu kagum sangat sebab Sab beri penerangan yang sangat-sangat lengkap dan mengujakan…

Balik dari rumah Sab akak pun terus pasang “diffuser”.. tapi dok termenung sekejap, ingat balik setiap satu fungsi EO yang ada dalam PSK… akhirnya akak pun pasang lavender dan peppermint… malam tu alhamdulillah lena lah akak dalam mimpi…ehhh tak ingat pun mimpi ke tak…

Ok nanti kita sambung lagi ya pasal YLEO ni… macam mana akak boleh jatuh cinta dan terus nak jadikan sebagai sumber pendapatan tambahan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *